Selasa, Ogos 17, 2010
PAUTAN MUAT TURUN PROFIL PENUH MNI CONSTRUCTION SDN BHD & PROFIL PUSAT LATIHAN MNIC
sila email kepada kami untuk muat turun profil MNI CONSTRUCTION SDN. BHD. dan PUSAT LATIHAN MNIC
Isnin, Ogos 09, 2010
Latar Belakang MNI CONSTRUCTION SDN. BHD.
MNI Construction Sdn Bhd ditubuhkan pada 18 Mac 2002. Terdahulu dari tarikh tersebut, MNI Construction Sdn Bhd dikenali sebagai Mohd Noor Ihsan Construction yang beroperasi dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Pada peringkat permulaan, Mohd Noor Ihsan Construction hanya menjalankan kerja kecil-kecilan seperti plumbing yang mana hanya dibantu oleh dua orang pekerja tempatan dengan bayaran gaji harian. Pada dasarnya menjalankan kerja-kerja Kelas F dengan modal RM2, 000.00. Berkat daya usaha pengurus syarikat, Hj. Mohd Noor Ihsan bin Hj. Mohd Alwi, Mohd Noor Ihsan Construction telah berkembang setelah mendapat lesen kontraktor awam Kelas F pada tahun 1986 dan berjaya mendapatkan lesen kontraktor Kelas D pada tahun 1987.
Pada tahun 1994, Mohd Noor Ihsan Construction telah diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat bumiputera yang berpotensi dan seterusnya dalam tahun 1996, Hj. Mohd Noor Ihsan bin Hj. Mohd Alwi telah mendapat pengiktirafan sebagai Kontraktor Berpotensi oleh Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Negeri Sembilan.
Pada tahun 2002, dengan pengalaman-pengalaman kerja yang dilalui, MNI Construction telah ditubuhkan untuk menyahut seruan kerajaan dengan mengambil penyertaan yang lebih aktif dan menyerlah. Dengan berbekalkan lesen Kontraktor Kelas C, diharapkan MNI Construction Sdn Bhd akan lebih berjaya dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara menuju Wawasan 2020.

Langgan:
Catatan (Atom)